Monday, November 14, 2011

Selamat Pengantin Baru.
























Warga Kerja Bahagian Audit Dalam mengucapkan selamat pengantin baru kepada saudara En.Mohd Nabil Fikry b. Busra. Semoga perkahwinan beliau bahagia hingga ke akhir hayat...amin. Disini, dilampirkan kad jemputan beliau sekaligus menjemput semua warga Kraftangan Malaysia ke majlis beliau iaitu pada 26 November 2011.

Monday, March 28, 2011

Anggota Kerja Baru di Bahagian Audit Dalam

Berkuatkuasa tarikh 7 Mac 2011, Bahagian Audit Dalam telah menerima seorang anggota kerja baru iaitu Mohd Shafiq bin Khairi yang memegang jawatan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi (E27).

Kami warga kerja di Bahagian Audit Dalam,mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dalam menjalankan tanggungjawab di Kraftangan Malaysia.

Sunday, February 6, 2011

Anggota Kerja Baru di Bahagian Audit Dalam

Berkuatkuasa tarikh 2 Februari 2011, Bahagian Audit Dalam telah menerima anggota kerja yang baru. Pegawai baru yang memegang jawatan W41 Juruaudit ini bernama Mohd Nabil Fikry bin Busra.

Kami warga kerja di Bahagian Audit Dalam,mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dalam menjalankan tanggungjawab di Kraftangan Malaysia.

Tuesday, January 18, 2011

Tahniah !

Di maklumkan salah seorang anggota kerja Bahagian Audit Dalam iaitu Salmiah binti Desa telah dinaikkan pangkat dan telah ditukarkan ke PKKM Cawangan Sarawak. Tahniah diucapkan kepada beliau.

Semoga beliau akan terus berkhidmat dengan cemerlang di tempat baru. Kami di Bahagian Audit, sentiasa mendoakan kejayaan beliau dan menghargai jasa / sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di Bahagian Audit Dalam.