Wednesday, October 30, 2013

Pengauditan di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak.

Pada 21 Oktober  2013, Bahagian Audit Dalam telah menjalankan pengauditan di PKKM Cawangan Sarawak. Pengauditan ini telah berlangsung selama 3 hari bermula daripada 21/10/13 sehingga 23/10/2013.






Mesyuarat Jawatankuasa Audit Bil 01/2013.

Pada 8 Oktober 2013 yang lalu, mesyuarat Jawatankuasa Audit Bil 01/2013 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Salsidu Haji Ibrahim.








Tuesday, September 17, 2013

Ucapan penghargaan dan terima kasih.

Bahagian Audit Dalam Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada mantan Pengerusi dan Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Audit Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia bagi tahun 2012-2013. Selamat maju jaya diucapkan dan semoga berjumpa lagi pada masa hadapan.

Mantan Pengerusi


Yang Berbahagia Dato' Mohamad Kamarudin Hassan


Mantan Ahli


Yang Berbahagia Dato' Norhayati Omar


Perlantikan Pengerusi dan Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Audit Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

Adalah dimaklumkan bahawa keputusan Mesyuarat Lembaga Pengarah Kraftangan Bil. 03/2013 telah bersetuju melantik ;

Pengerusi


                Yang Berbahagia Datuk Haji Salsidu Haji Ibrahim          


      Ahli    


Yang Berbahagia Dato' Mohd Bisharuddin Mohd Noor Basha

Bahagian Audit Dalam ingin merakamkan ucapan tahniah di atas perlantikan ini. Semoga sumbangan dan khidmat bakti yang diberikan akan membantu Kraftangan Malaysia memenuhi tanggungjawab yang ditetapkan ke arah keutuhan sistem pengurusan dan kewangan Kraftangan Malaysia.
                  




Tuesday, September 10, 2013

Lawatan Audit Kualiti Dalaman MS ISO bil. 01/2013

Berhubung perkara di atas, Pasukan Audit Kualiti Dalaman telah menjalankan kerja-kerja pengauditan ke atas prosedur yang telah didokumenkan dalam MS ISO 9001:2008. Berikut dilampirkan jadual audit bagi bahagian dan cawangan yang terlibat pada 9hb Julai 2013 dan juga carta kemajuan ( Gannt Chart ) perjalanan atau proses kerja pengauditan.





Tugas Ketua Juruaudit ISO

     Peranan Dan Tugas Ketua Juruaudit Pasukan Audit Kualiti Dalaman MS ISO 9001:2008.

1.       Membantu wakil pengurusan merancang dan menyediakan penjadualan Audit kualiti Dalaman seperti berikut ;

           i)    Bilangan kerja-kerja audit yang dijalankan
           ii)   Penjadualan Tugas-tugas audit, dan
           iii)  Aktiviti-aktiviti yang akan diaudit

2.     Mengetuai pasukan audit dalamuntuk melaksanakan pengauditan di Bahagian-bahagian dan Cawangan-cawangan yang terlibat.

3.      Menyediakan analisis dan laporan keseluruhan ke atas segala penemuan audit kepada Wakil Pengurusan.

4.       Membentangkan laporan dalam Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan.

Perlantikan Ketua Juruaudit MS ISO 9001:2008

Pada 3hb Julai 2013, En. Mohd Nabil Fikry bin Busra telah dilantik sebagai Ketua Juruaudit pasukan audit kualiti dalaman MS ISO 9001:2008 Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Kami anggota kerja di Bahagian Audit Dalam ingin merakamkan ucapan tahniah kepada beliau di atas perlantikan tersebut. Di harap, dengan perlantikan ini beliau akan lebih komited dan bersemangat dalam menjalankan kerja-kerja pengauditan yang telah diamanahkan.